Thursday, September 27, 2018

Akibat tak jaga makan dan minum, penyanyi Aiman Tino terlantar di hospital sejak Selasa lalu

Tags

Penyanyi Aiman Tino atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri (20) yang popular menerusi lagu Ku Sesat Dalam Rindu, terlantar di sebuah hospital swasta di Rawang, Selangor sejak Selasa lalu selepas mengalami masalah demam panas.

Aiman sedang jalani rawatan

Menurut ibunya, Hazelina Mat Jalil (42), doktor mendapati anaknya itu mengalami radang pada usus akibat jangkitan kuman dan mereka masih menunggu keputusan penuh pemeriksaan kesihatan penyanyi itu.

Semalam, Aiman telah melalui pemeriksaan endoskopi (memasukkan kamera ke dalam usus). Aiman bagaimanapun tidak mengalami sebarang komplikasi dan penyakitnya itu boleh disembuhkan dengan pengambilan antibiotik.



Aiman kekal ceria

Sebelum ini, Aiman sering demam dan kesihatannya kerap terganggu. Dia juga dikatakan tidak menjaga waktu makan sehingga mengakibatkan gastrik yang dialaminya bertambah teruk selain tonsilnya juga bengkak.

Ekoran keadaan kesihatan anaknya itu, Hazelina memaklumkan, mereka terpaksa menolak tiga tawaran persembahan kerana Aiman tidak berdaya untuk beraksi menghiburkan peminat.

Aiman Tino

"Sebelum ini, saya dan suami sudah jarang mengikut Aiman bekerja. Tetapi, untuk mengelakkan masalah yang sama berulang, kami perlu mengawasinya. Biasalah remaja sedang membesar, ada ketika mereka kurang memandang serius soal kesihatan," katanya seperti yang dilaporkan akhbar tempatan, BH Online.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon