Tuesday, September 11, 2018

Anak menemukan mayat bapanya dalam longkang selepas tiga hari hilang

GAMBAR hiasan

MEMILUKAN apabila seorang anak menemui mayat bapanya yang sebelum ini hilang tiga hari di dalam longkang di FELDA Kerteh 5, dekat Dungun, hari ini.

Pada kejadian 7.30 malam itu, mangsa, Said Samah, 73, ditemui oleh anaknya yang kemudian melaporkan kejadian kepada polis.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, Said sebelum ini dilaporkan hilang selepas lelaki itu keluar dari rumahnya, Ahad lalu.

Beliau berkata, anaknya kemudian mencari di sekitar kawasan FELDA berkenaan, tetapi gagal.

"Penduduk kampung turut membantu mencari mangsa sehingga ke beberapa kampung berhampiran.

“Anaknya itu kemudian menemui warga emas itu dalam keadaan terlentang di dalam longkang sedalam kira-kira dua meter tidak jauh dari rumahnya,” katanya.

Beliau berkata, anak mangsa kemudiannya datang ke Balai Polis Ketengah Jaya untuk membuat laporan polis.

Katanya, sebaik menerima laporan, sepasukan polis ke lokasi untuk melakukan siasatan.

‘Siasatan tidak menemui sebarang perbuatan jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber: MyMetro

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon