Sunday, September 30, 2018

[ANTI LOMPAT PARTI] 'Golongan katak' akan diajar erti kesetiaan sebenar

Tags

UMNO sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap ahlinya yang 'lompat' parti dan menjadi wakil rakyat bebas, pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

GAMBAR hiasan

Tindakan tersebut diambil bagi menghormati kehendak disuarakan ahli parti yang merasakan diri mereka dikhianati.

Sebelum ini, dua ahli parlimen UMNO yang dikatakan paling setia dan mempunyai kedudukan yang selesa dalam parti, Mustapa Mohamed dan Anifah Aman mengejutkan penyokong parti tersebut atas tindakan mereka meninggalkan UMNO.

Anifah dan Mustapa

Berikut merupakan senarai Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri UMNO yang telah melompat keluar menjadi wakil bebas atau menyertai parti lain;

Senarai Dewan Rakyat:

1. Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal
Ahli Parlimen Bukit Gantang

2. Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
Parlimen Bagan Serai

3. Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Ahli Parlimen Masjid Tanah

4. Datuk Seri Mustapa Mohamed
Ahli Parlimen Jeli

5. Datuk Seri Anifah Aman
Ahli Parlimen Kimanis


Senarai Dewan Undangan Negeri (bebas atau menyertai parti lain):

1. Rosleli Jahari
DUN Johor Lama

2. Alwiyah Talib
DUN Endau

3. Rasman Ithnain
DUN Sedili

4. Datuk Abdul Muis Picho
DUN Sebatik

5. Datuk Hamisa Samat
DUN Tanjung Batu

6. Datuk Osman Jamal
DUN Balung

7. Jamawi Jaafar
DUN Kemabong

8. Datuk James Ratib
DUN Sugut

9. Datuk Saddi Abdul Rahman
DUN Sukau

Semua wakil rakyat UMNO kini diminta menandatangani 'aku janji' bagi mengelak tindakan 'lompat parti'.

Zahid Hamidi

"Jika keluar parti, sama ada menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai parti, maka status mereka sebagai wakil rakyat terlucut secara automatik.

"Mereka juga perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana tidak lagi mempunyai asas moral untuk menjadi wakil rakyat.

"Kerusi itu milik UMNO dan penyokong BN.

"Kita akan tuntut mereka membayar penalti dan ganti rugi."

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, malam semalam (29/9/2018).

Sebelum ini ada desas-desus 18 lagi Ahli Parlimen UMNO bakal meninggalkan parti.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon