Thursday, September 27, 2018

'Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri Malaysia seterusnya,' -Tun M

Tags

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri Malaysia seterusnya.

"Itu adalah janji saya," kata Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M), ketika ditanya soalan pada Forum Tahunan Kedua Perniagaan Global Bloomerg yang dikendalikan wartawan, Fareed Zakaria seperti yang dilaporkan BH Online.

Tun M

Sebelum PRU-14 lalu, Pakatan Harapan (PH) berjaya mencapai persetujuan bersama untuk mengangkat Tun M sebagai perdana menteri Malaysia sementara sekirannya berjaya membentuk kerajaan.

Persetujuan tersebut dicapai memandangkan calon perdana menteri PH (Anwar Ibrahim) ketika itu masih berada dalam penjara dan mustahil untuk terlibat dalam politik.


Tun M bersetuju menjadi perdana menteri dan berjanji akan menyerahkan jawatan tersebut kepada Anwar Ibrahim apabila tiba masanya.

Anwar Ibrahim

"Saya berjanji bahawa saya tidak akan kekal lama sebagai perdana menteri. Mungkin dua tahun, mungkin lebih, mungkin kurang", katanya dalam forum tersebut.

Anwar kini menjadi calon PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini.

Kerusi parlimen tersebut dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen.

Anwar perlu menjadi ahli parlimen sebelum boleh dilantik sebagai perdana menteri Malaysia.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon