Saturday, September 8, 2018

Bekas kekasih penyanyi Ariana Grande, rapper Mac Miller mati akibat dadah

Tags

Mac Miller. Foto: cbsnews

Bekas kekasih penyanyi Ariana Grande, rapper Mac Miller ditemui mati dipercayai akibat pengambilan dadah berlebihan.

Miller, 26 yang popular dengan lagu kontroversi mengenai Grande dan Donald Trump ditemui mati di kediamannya di Los Angeles, menurut laporan laman web selebriti TMZ dan US Weekly semalam.

Jurucakap Miller dan Perkhidmatan kecemasan Los Angeles engan mengulas apabila dihubungi pihak media.

Insiden berlaku selepas beberapa bulan dia mengakhiri hubungan cinta selama dua tahun dengan bintang pop, Grande yang sering menjadi sumber inspirasi lagu-lagunya.

Ariana Grande. Foto: hellomagazine

Miller sebelum ini terbabit dalam satu kemalangan jalan raya dan didakwa memandu di bawah pengaruh bahan terlarang sejurus selepas putus cinta.

Malcolm McCormick nama sebenar artis kelahiran Pittsburgh ini diketahui sangat terbuka mengenai masalah penyalahgunaan bahan terlarang dan ketagihan ubat batuk yang dikenali sebagai 'purple drank'.

Grande yang telahpun bertunang dengan pelakon dan pelawak Pete Davidson, terpaksa memutuskan hubungan dengan Miller selepas sekian lama cuba membantunya pulih.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon