Saturday, September 29, 2018

[BENCANA] 2 in 1, Gempa bumi 7.7 skala Richter dan tsunami melanda Sulawesi Tengah, Indonesia

Tags

BENCANA gempa bumi kuat berukuran 7.7 skala Richter berlaku di wilayah Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia petang semalam (28/9/2018).

Pray for Donggala

Sejurus selepas gempa memusnahkan bangunan dan mencetuskan panik dalam kalangan penduduk yang melarikan diri ke jalanan, penduduk di bandar Palu dan beberapa kawasan yang lain turut berhadapan dengan pukulan tsunami.

Tsunami selepas gempa



Kesan gempa

"Tsunami berlaku di Palu," kata ketua bahagian agensi gempa bumi dan tsunami, Rahmat Triyono.

Berdasarkan video daripada Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, tsunami setinggi tiga meter itu berlaku pada pukul 5.27 petang waktu Indonesia Timur, kira-kira 22 minit selepas gempa kuat itu menggoncang bandar Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah.

Lokasi gempa dan tsunami

Portal berita tempatan Litupan6, melaporkan ribuan penduduk yang panik bertindak lari menyelamatkan diri ke kawasan perbukitan kerana takut dilanda tsunami.




Penduduk keluar dari bangunan

Setakat pukul 8 malam semalam, Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisik (BMKG) mencatatkan sebanyak 22 kali gempa susulan dengan kekuatan antara 2.9 hingga 6.3 skala Richter selepas.

Ketua Pusat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan semalam berkata, setakat ini enam orang dilaporkan terkorban akibat gempa dan kejadian tsunami itu. 

Sumber: Bernama/AFP/Litupan6

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon