Tuesday, September 25, 2018

[BERITA SEDIH] Pak Ngah, komposer terkenal tanah air telah pergi meninggalkan kita

Tags

KOMPOSER yang juga pejuang lagu-lagu irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ngah disahkan meninggal dunia di hospital di Batam, Indonesia pada pukul 3.05 petang tadi.

Datuk Suhaimi Mohd. Zain

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Pak Ngah mengadu sakit dada serta sesak nafas pada 21 September lalu.


"Kami membawanya ke hospital dan doktor memasukkan oksigen. Namun, Allahyarham masih sesak nafas dan mula tidak sedarkan diri sejak lima hari lalu," kata anak Allahyarham, Megat seperti yang dilaporkan media (Utusan Online).

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur awal pagi esok dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon