Monday, September 24, 2018

[BOLA SEPAK BERDARAH!] Penyokong fanatik mengganas, 1 terkorban

Tags

BANDUNG: Puluhan individu ditahan, selepas sekumpulan penyokong daripada pasukan lawan memukul seorang peminat bola sepak Indonesia sampai mati menggunakan batang besi dan kayu, kata polis, hari ini.

Mangsa: Haringga Sirla

Insiden membawa maut itu berlaku, sebelum satu perlawanan antara kelab tuan rumah, Persib Bandung dan Persija Jakarta. Kedua-dua kelab itu adalah seteru sengit dalam liga profesional tertinggi di Indonesia.

Penyokong kelab Persija

Peminat kelab Persija Jakarta, Haringga Sirla, 23, maut selepas dipukul sekumpulan penyokong Bandung di luar stadium utama di bandar Bandung yang terletak 150 kilometer di tenggara Jakarta.

Sejak insiden itu, 16 orang sudah ditahan kerana mempunyai kaitan dengan serangan, kata polis.

16 orang sudah ditahan

Menurut penganalisis bola sepak, Akmal Marhali, kes itu adalah kematian ke tujuh membabitkan perlawanan antara kedua-dua kelab terbabit, sejak 2012.

Korban diarak atas jalan raya

Katanya, Sirla adalah mangsa peminat bola sepak ke-7 yang maut dalam keganasan ketika perlawanan. - AFP

Artikel: BH Online
Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon