Tuesday, September 25, 2018

Budak lelaki ini pasti akan menjadi rebutan wanita apabila dewasa kelak

Tags

MOSCOW: Kanak-kanak berusia 11 tahun menjadi perhatian di Russia apabila mempunyai bulu mata yang tumbuh sepanjang lima sentimeter.

Muin Bachonaev

Muin Bachonaev dianggap mempunyai bulu mata paling panjang di negara itu apabila keunikannya pernah dicatat dalam Russian Book of Records, lapor Daily Mail.

Menurutnya, dia selesa dengan keadaannya itu dan hidup seperti individu normal lain.

“Saya hidup seperti orang lain. Tidak perlu penjagaan khas untuk bulu mata saya.

“Saya selesa dengan keadaan ini dan tidak menghadapi kesukaran,” katanya yang bercita-cita ingin menjadi pemain bola.

Bapanya, Zaidullo Bachonaev, 45, berhijrah ke Russia dari Tajikistan pada 2010.

“Apabila anak saya keluar rumah, dia menjadi perhatian tetapi tidak ada masalah dengan keadaan itu.

Muin Bachonaev

“Kami pernah merujuknya kepada beberapa doktor dan diberitahu anak saya sihat dan normal. Mereka menjelaskan keadaan itu disebabkan genetik yang berfungsi dengan cara berbeza,” katanya.

Pakar perubatan menjelaskan, genetik boleh dipengaruhi oleh dadah diambil wanita ketika hamil. – Agensi/HMetro
Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon