Thursday, September 20, 2018

Cerai talak tiga haram dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di India

Tags

KABINET India meluluskan arahan eksekutif untuk menjadikan perceraian talak tiga dalam kalangan penduduk Islam sebagai kesalahan yang boleh dikenakan hukuman.


Ia dibuat ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi, berusaha mendapatkan perhatian pengundi wanita Islam walaupun tindakannya itu juga bakal menyebabkannya kehilangan pengundi lelaki Islam dan pengundi wanita islam yang menyokong amalan tersebut.

Mahkamah Agung mengharamkan amalan itu tahun lalu tetapi kerajaan pimpinan Modi mahu menjadikan ia kesalahan yang tidak boleh diikat jamin yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, susulan bantahan dilakukan wanita Islam.

Selain bantahan penceraian talak tiga, sekumpulan besar wanita india juga menolak amalan poligami yang biasa diamalkan lelaki muslim di India.


Menteri Undang-Undang Persekutuan, Ravi Shankar Prasad, memberitahu sidang akhbar Kabinet meluluskan arahan berkenaan kerana amaran itu terus berlaku walaupun diharamkan mahkamah.

Ogos tahun lalu, Mahkamah Agung memutuskan undang-undang tidak mengikut Perlembagaan yang membolehkan lelaki Islam menceraikan isteri mereka dengan cuma melafazkan perkataan ‘talak’ atau ‘cerai’ dalam bahasa Arab sebanyak tiga kali.


Kerajaan cuba meluluskan perundangan untuk mengharamkan prosedur itu.

Dalam ucapan Hari Kemerdekaan bulan lalu, Modi berkata beliau tidak akan berhenti sehingga mereka mendapat keadilan, merujuk kepada wanita.

Sumber: MyMetro
Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon