Thursday, September 13, 2018

Datuk Danyal Balagopal beri Anwar Ibrahim laluan untuk ke Putrajaya

Tags

GAMBAR hiasan. Foto: SPR

Teka-teki berkenaan siapakah wakil rakyat PKR yang sanggup melepaskan kerusi yang disandang mereka akhirnya terjawap apabila kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

Datuk Danyal Balagopal Abdullah



Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood berkata, pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi berkenaan telahpun diterima daripada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pilihan raya kecil seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya kecil tersebut.

Danyal dalam satu sidang akhbar khas di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya semalam mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi parlimen tersebut.

Jika menarik, sila share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon