Wednesday, September 19, 2018

Datuk Seri Najib ditahan SPRM berhubung kes RM2.6 bilion

Tags

Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung kes RM2.6 bilion pada pukul 4.13 petang tadi di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Najib

Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Selain itu, SPRM juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi merakam percakapan Najib sebelum beliau dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 3 petang esok untuk pertuduhan di mahkamah.

Nantikan perkembangan kes ini pada petang esok.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon