Monday, September 24, 2018

Deja Moss reda tapi tidak puas hati kerana tidak tahu kenapa suami ceraikannya

Tags

"Saya reda dan terima penceraian ini namun apa yang saya tidak puas hati masih belum menemui jawapan kenapa dia ingin bercerai dengan saya."

Itulah kata-kata yang keluar dari mulut Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss (45), ketika ditemui pihak media selepas Hakim Syarie Noranizan Mohd. Sufian menetapkan 24 Oktober ini bagi tarikh lafaz cerai antara penyanyi Deja Moss de­ngan suaminya, Azfendy Azzuddin Ahmad yang dilanda kemelut.

FOTO: Kosmo! Online

Hakim Syarie Noranizan Mohd. Sufian membuat keputusan itu di Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur selepas mendengar keseluruhan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi mencari penyelesaian kemelut rumah tangga pasangan itu.


Menurut laporan JKP, pasangan tersebut gagal didamaikan, berlakunya shiqah dan kedua-duanya tidak lagi tinggal sebumbung selama setahun.

Deja Moss. FOTO: sinarharian

Dalam prosiding itu, Deja diwakili peguam Halimatunsa’diah Abu Ahmad manakala Azfendy (39), selaku plaintif diwakili Ahmad Daud.

Permohonan cerai tersebut dibuat Azfendy mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Se­langor) 2003 pada 5 Mac lalu.

Deja & Azfendy

Pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata ini mendirikan rumah tangga pada 30 Ogos 2008.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon