Saturday, September 8, 2018

Dua negara destinasi pelancongan popular ini bakal tenggelam tidak lama lagi

Dua negara yang popular sebagai destinasi pelancongan kepulauan bakal tenggelam jika tiada usaha menghalangnya berlaku.

Maldives. Foto: marsmanpowerservices

Negara kepulauan yang dimaksudkan itu ialah Fiji dan Maldives.

Pakar dari seluruh dunia berkampung di ibu kota Bangkok pada hari ini menyasar menghidupkan Perjanjian Paris terhadap perubahan iklim dunia.

Amjad Abdulla seorang perunding iklim terkemuka, mengatakan kedua-dua negara tersebut hampir berada pada ‘titik tidak kembali’ kerana peningkatan paras air laut.



Kepulauan Maldives. Foto: squarespace

Amjad Abdulla yang juga Ketua Perunding Gabungan Negara Kepulauan Kecil (AOSIS)berkata, selain kehilangan daratan dan infrastruktur akibat peningkatan paras air laut ketika suhu panas meningkat, banyak kepulauan berdepan banjir ekstrem dan kerosakan akibat ribut tropika.

"Kepulauan kami berisiko. Kami melakukan lebih daripada sepatutnya dengan sumber yang terhad.

"Apa yang kami katakan kepada masyarakat antarabangsa ialah kami tidak memiliki kewangan mencukupi, teknologi atau kapasiti kemanusiaan bagi mengurangkan isu perubahan iklim dan kami memerlukan kerjasama antarabangsa supaya boleh mempertahankan pulau kami," katanya kepada AFP di luar persidangan enam hari itu.

Fiji. Foto: i.pinimg



Kepulauan Fiji. Foto: wpengine

Dalam perjanjian Paris 2015, perkara yang perlu dilaksanakan negara penandatangan menjelang Disember ialah seboleh-bolehnya menyasar mengehadkan peningkatan suhu global 'jauh di bawah paras' dua darjah Celsius dan kurang 1.5 darjah Celsius.

Perjanjian Paris menjanjikan AS$100 bilion (RM415.08 bilion) setahun bermula 2020 kepada negara-negara miskin yang sudah berdepan dengan kesan perubahan iklim.

Sumber: AFP

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon