Tuesday, September 18, 2018

Gadis 15 tahun bernikah dengan anggota Rela berusia 44 tahun di Tumpat

Beberapa bulan yang lepas, negara digemparkan dengan perkahwinan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan lelaki yang lebih dewasa. 

Kali ini pula, seorang remaja berusia 15 tahun dilaporkan bernikah sebagai isteri kedua dengan seorang anggota Rela berusia 44 tahun.

Gambar di bawah merupakan lelaki anggota Rela bersama gadis (tudung biru) yang dinikahi dan keluarga gadis berkenaan di Tumpat, Kelantan.

FOTO: Utusan Online

New Straits Times melaporkan gadis tersebut bernikah dengan lelaki itu di Tumpat, Kelantan atas dasar kebahagiaan.

"Tiada ibu bapa mahu melihat anaknya hidup susah. Kami tidak mahu anak perempuan kami hidup susah seperti kami, membesarkan 13 anak.

"Adik-beradiknya semua sudah berkahwin dan kini mempunyai kehidupan sendiri. Kami tahu dia bawah umur, tetapi kami hanya mahu yang terbaik untuknya," kata ibu gadis itu.

Ibu bapa gadis itu, yang mempunyai 12 anak lain, berkata mereka merestui perkahwinan anaknya dengan lelaki berusia 44 tahun itu kerana mahu anak mereka memperoleh kehidupan yang lebih baik.

Bapa gadis itu, Che Rahim yang mengusahakan kedai runcit berkata, dengan pendapatan sebulan sekitar RM300, dia dan isteri bersetuju dengan pernikahan itu kerana yakin lelaki itu boleh membahagiakan anak mereka.

Gadis yang kelihatan ceria itu berkata, dia tidak teragak-agak berkahwin dengan lelaki (suaminya) tersebut walaupun dia baru sahaja mengenalinya beberapa bulan lepas.

Sumber: Utusan Online
Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon