Monday, September 17, 2018

[Gambar] Kalau sarang diusik, ular itu akan mengejar musuhnya hingga dapat

Tags

Operasi menyelamat

MUKAH – Tindakan dua rakan baik, Stanley Ak Saka, (21) dan Duwat anak Jabu, (23) mengusik sarang seekor ular tedung hitam yang ditemui di bawah sebatang pokok mengundang padah apabila kedua-duanya ditemui maut dipatuk reptilia berbisa itu di hutan Kampung Bedanga di sini semalam.

Mangsa



Mangsa

Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa bersama-sama seorang lagi rakannya berketurunan Iban masuk ke hutan itu bagi mencari buah asam paya atau buah asam kelubi pada pukul 7 pagi Sabtu lalu namun mereka didapati tidak pulang ke rumah sehingga pagi keesokan harinya.

Buah asam paya

Menurut, kenyataan dari mangsa yang selamat, Lawrance ak Jinal, (40) semasa berada dalam hutan. mereka telah menjumpai satu sarang ular di bawah pohon kayu.

Kedua-dua rakannya yang meninggal dunia telah mengusik sarang tersebut dan kemudian mereka telah diserang oleh ular berwarna hitam itu sehingga bertempiaran untuk menyelamatkan diri.

Lawrence juga menyatakan dirinya turut dipatuk ular sehingga menyebabkan beliau tidak dapat bergerak.



Mangsa yang selamat

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, laporan polis dibuat oleh ibu kepada salah seorang mangsa pada pagi semalam yang bimbang anaknya tidak pulang ke rumah selepas masuk ke dalam hutan.

Operasi mencari & menyelamat

Peringatan!



Ular tedung hitam atau ular belalang (dalam bahasa Iban), jika sarangnya diusik, ular itu akan mengejar musuhnya hingga dapat.

Ular tedung hitam

Ular ini juga tidak berada disarang tetapi berada di atas pohon dimana sarangnya berada dan sentiasa berjaga-jaga setiap saat.

Jangan sekali-kali mengusik sarang ular ini kerana ia akan mengejar musuh yang menganggu sarangnya hingga dapat.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon