Tuesday, September 11, 2018

[Gambar] Kegembiraan kanak-kanak mandi sungai bertukar tragedi menakutkan

Tags

Semalam dilaporkan berlaku kejadian seorang kanak-kanak lelaki digigit buaya yang dipercayai berlaku di Sandakan, Sabah.

Mangsa @ Arsil

Berikut adalah laporan awal kejadian tersebut;

Laporan Awal Kanak-Kanak Digigit Buaya

Tempat: Jalan Pordeco, Kg Melayu Batu 8 Sandakan, Sabah
Tarikh: 10/09/2018
Nama Mangsa: Arsil Bin Alkamal
Keterangan Diri: Nil
Umur: 13 tahun
Bangsa: Suluk

Tarikh Kejadian: 10/09/2018
Masa Kejadian: 12.30 tengah hari
Tempat Kejadian: Sungai Jalan Pordeco, Kg Melayu Batu 8 Sandakan.

Kronologi Kejadian:

Mangsa mandi di sungai berdekatan dengan rumah makciknya di Jalan Pordeco Kg. Melayu bersama sepupunya bernama Alsibal berumur 13 tahun.

Semasa berada di dalam sungai mangsa telah diserang oleh seekor buaya. Menurut penduduk kampung, buaya berkenaan lingkungan besar 01 kaki lebar dan panjang lebih kurang 08 kaki. Menurut rakan mangsa dan sepupunya, mangsa telah digigit pada bahagian paha sebelah kanan. Sepupu mangsa dengan dibantu oleh rakan-rakan telah membantu menarik mangsa dan buaya berkenaan melepaskan gigitan di kaki mangsa dan beredar dari sungai berkenaan. Dengan dibantu oleh jiran-jiran mangsa di angkat dan terus dibawa ke Hospital Sandakan oleh makcik penama Nelyn dan jirannya Jainullah bagi mendapatkan rawatan lanjut. Mangsa telah dirawat di Zon Merah HDOK Sandakan.

Kesan gigitan buaya

Menurut Doktor bertugas Doktor Fitri, mangsa mendapat kecederaan 15 jahitan di dada sebelah kanan dan 04 jahitan di belakang sebelah kanan dan keceraan parah 05 koyakan dibahagian paha sebelah kanan dan 02 koyakan di bahagian lutut sebelah kanan. Mangsa akan dibawa ke Dewan Bedah HDOK Sandakan untuk pembedahan lanjut akibat kecederaan di bahagian kaki kanan berkenaan. Mangsa dalam keadaan stabil.

Sekian, Untuk Makluman.

Kpl 150722
Mohd Arif Bin Jamaluddin
Pangkalan Bit Polis HDOK Sandakan.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon