Sunday, September 16, 2018

Gempa bumi berukuran 3.7 skala Richter gegar Pesisiran Pantai Kinabatangan, Sabah

Tags

GEMPA bumi lemah dilaporkan berlaku di pesisiran pantai Kinabatangan, awal pagi hari ini.

Foto: Jabatan Meteorologi Malaysia

Berdasarkan laporan dalam laman rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi bermagnitud 3.7 itu dikesan berlaku pada 3.19 pagi di koordinat 5.7 darjah Utara dan 119.2 darjah Timur.



FOTO: Jabatan Meteorologi Malaysia

Ia membabitkan jarak sejauh 103 kilometer (km) timur dari Kinabatangan serta kedalaman 101km.

Menurut laporan itu juga, gegaran mungkin dirasai di sekitar Sandakan dan Kinabatangan tetapi tiada ancaman tsunami dilaporkan.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon