Saturday, September 15, 2018

'Hajat' batin bapa saudara dan anak saudara dalam bilik hotel tidak kesampaian kerana 'diganggu' polis

GAMBAR hiasan

JOHOR BAHRU - Seorang tukang cuci ditahan polis kerana dipercayai melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap anak saudaranya yang di bawah umur di sebuah hotel di Taman Tunku Aminah di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, pihaknya menahan lelaki berusia 48 tahun bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu kira-kira 9.15 malam semalam setelah mendapat maklumat mengenai perilaku mencurigakan mengenai lelaki berkenaan.



"Ketika serbuan dilakukan, pihak polis bertindak mengetuk bilik yang diduduki keduanya dan menunggu lebih kurang lima minit sebelum dibuka oleh suspek.

"Setelah dibuka, didapati seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak berada dalam bilik berkenaan dalam keadaan separuh bogel manakala lelaki itu hanya memakai tuala tanpa baju," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu merupakan anak saudara kepada suspek. - Bernama

Jika menarik, sila share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon