Sunday, September 2, 2018

Hidup pelakon Mak Cun sengsara selepas diceraikan Aizad

Tags

Balkisyh. Gambar: bharian

Pelakon wanita yang popular dengan drama Mak Cun, Balkisyh Semundur Khan mengakui kehidupan perkahwinan sangat memeritkan bersama bekas suaminya, Mohd. Aizad Rosli.

Sepanjang 11 tahun hidup berumah tangga, Balkisyh, 32, telah membuat 14 kali laporan polis terhadap suaminya atas tuduhan keganasan rumah tangga.

Balkisyh dan Aizad berkahwin pada tahun 2007. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Nur Qalesya, 7, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 2.

Kini kehidupan Balkisyh terumbang ambing selepas sah bercerai dengan Aizad pada 5 September tahun lalu.

"Sepanjang perkahwinan, kami memang nampak bahagia. Hakikatnya, kebahagiaan itu hanya kekal selama dua tahun sahaja."

"Sembilan tahun lagi saya menderita dengan keganasan rumah tangga. Sepanjang sembilan tahun, 14 laporan polis yang saya buat."

"Selepas disahkan bercerai saya tidak mempunyai apa-apa. Akaun bank berbaki kosong, rumah masih berhutang, kereta juga sudah empat bulan tidak dibayar dan rumah dikunci suami."

"Jadi, saya dan anak-anak terpaksa menumpang di rumah jiran selama empat hari kerana bekas suami tak beri masuk ke rumah tersebut. Selepas kejadian itu saya terpaksa berjuang mencari duit untuk bayar hutang piutang yang ditinggalkan itu," katanya.

Pada bulan Julai lepas, dunia hiburan tempatan dikecohkan dengan rakaman video Balkisyh bergaduh dengan Aizad.



Video pergaduhan. Gambar: cegitucegini

Dalam rakaman tersebut, kelihatan Balkisyh cuba menendang Aizad kerana enggan anaknya diambil oleh bekas suaminya itu.

Sebelum itu, kecoh apabila gambar lama Balkisyh Semundur Khan yang kelihatan seksi keterlaluan tersebar di media sosial.




Gambar: liputanmalaysia

Balkisyh menyatakan gambar tersebut diambil pada tahun 2002 oleh seorang jurugambar ketika di Singapura dan dipercayai disebarkan secara tidak bertanggungjawab oleh individu tersebut.

Sebagai rekod, Balkisyh pernah membintangi filem Diva dan pernah tercalon sebagai pelakon harapan wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon