Saturday, September 8, 2018

Hukuman sebat syariah lebih ringan berbanding dirotan guru disiplin di sekolah

Tags

Masyarakat memberikan pelbagai reaksi apabila pasangan lesbian disebat enam kali serta denda masing-masing RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu pada 3 September lepas.

Warga Malaysia nampaknya berbelah bahagi terhadap kewajaran hukuman yang dikenakan iaitu sebatan di khalayak umum.

Sebat syariah vs sivil

Suara-suara penentangan kaedah sebatan tersebut bukan sahaja datang dari rakyat biasa tapi turut menjadi perdebatan golongan ahli politik dan agamawan.

Namun, apa yang perlu diketahui adalah, sebatan syariah bukanlah untuk menghukum tetapi lebih kepada mengajar pesalah.

Hukuman sebat dalam undang-undang sivil pula lebih memudaratkan kerana merosakkan anggota badan.



Sebatan secara sivil

Hukuman sebat syariah juga dilaksanakan dengan pukulan sederhana menggunakan rotan kecil dan sebatan tidak boleh terkena muka, kepala, perut, dada serta bahagian sulit pesalah.

Sebatan syariah depan saksi

Seperti yang ditegaskan oleh Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, hukuman sebat mengikut syariah hanya bertujuan mendidik masyarakat tanpa mencederakan pesalah.

"Saya tidak pasti sama ada pihak yang tidak bersetuju dengan perkara ini tahu atau tidak bagaimana hukuman sebat itu dijalankan.

"Sepatutnya mereka mendapatkan maklumat yang tepat, baca dengan mata hati kaedah hukuman sebat dijalankan kerana realitinya ia tidak teruk seperti digambarkan.

"Malah saya sendiri berbual dengan mereka yang hadir dan menyaksikan sendiri hukuman sebat itu di depan mata dan mereka katakan ia lebih ringan berbanding hukuman sebat di sekolah.

"Jangan samakan sebat syariah dengan sebat sivil kerana ia jauh berbeza beratus kali beza dengan sebatan mahkamah sivil," katanya mengulas kritikan beberapa pihak berhubung hukuman itu seperti yang dilaporkan oleh portal berita Kosmo! Online.

Isnin lalu, dua wanita masing-masing berusia 32 dan 22 tahun menjalani hukuman enam sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu selepas didapati bersalah cuba melakukan hubungan seks sejenis di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square, Dungun pukul 1.50 tengah hari pada 8 April lalu.

Pasangan lesbian yang disebat


Lihat video perbandingan pelaksanaan hukuman sebatan secara syariah dengan hukuman sebatan secara undang-undang sivil;

1. Hukuman sebatan secara syariah


Sumber video: channel youtube MRF Channel

2. Hukuman sebatan secara undang-undang sivil


Sumber video: channel youtube Next Pay Penang

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon