Thursday, September 27, 2018

'I am ok. Alhamdullilah' kata Rosmah selepas selesai beri keterangan selama 13 jam kepada SPRM

Tags

DATIN SERI ROSMAH MANSOR akhirnya selesai memberi keterangan yang berlangsung selama hampir 13 jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya.

Rosmah Mansor

Menurut laporan Bernama semalam (26/9/2018), Rosmah yang menaiki kereta Proton Perdana warna hitam tiba pada jam 9.50 pagi dan kelihatan beredar pada jam 10.40 malam setelah selesai memberi keterangan bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau kelihatan tenang ketika diserbu puluhan wartawan tempatan dan antarabangsa yang berkumpul di perkarangan ibu pejabat SPRM seawal 6.30 pagi untuk membuat liputan kes itu.

Mendapat liputan luas

"Syukur, I'm ok. Alhamdullilah," katanya sambil senyum kepada media selepas selesai memberikan keterangan.


Saya OK

Akhbar sebelum ini melaporkan isteri bekas perdana menteri itu dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram.

Rosmah kemungkinan akan didakwa dalam masa terdekat, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Oprasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki pada Khamis lepas.

Apapun, Rosmah kelihatan lebih kurus berbanding enam bulan lepas.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon