Sunday, September 9, 2018

Idris Khan masih mencari tarikh majlis pernikahan dengan Sanaa Jeljalane

Tags

Pelakon Idris Khan belum memutuskan tarikh majlis pernikahan dengan kekasihnya, Sanaa Jeljalane, 27, yang dijangka berlangsung pada tahun depan.

Idris dan Sanaa

Menurut pemilik nama sebenar Idris Khan Abdul Ghaffar Khan, 30, dia dan kekasihnya yang berasal dari Maghribi itu masih mencari tarikh sesuai untuk majlis pernikahan mereka.

Mengulas mengenai majlis pernikahan itu nanti, Idris berkata, dia hanya merancang majlis secara kecil-kecilan untuk keluarga terdekat dan teman rapat di satu lokasi yang belum ditentukan di Kuala Lumpur.


"Apa yang boleh saya beritahu, majlis pernikahan kami bakal berlangsung pada awal tahun depan.

"Saya mahukan majlis pernikahan itu dihadiri teman rapat dan mereka yang bermakna dalam hidup kami.

"Sebab itu, saya sukar untuk mendapatkan tarikh sesuai untuk majlis pernikahan kerana bukan mudah untuk mengumpulkan mereka semua dalam satu majlis," katanya seperti yang dilaporkan akbar Harian Metro.

Sebagai rekod, Idris telah dua kali menangguhkan majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya bernikah pada penghujung 2017 sebelum menundanya pada 20 Januari tahun ini.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon