Tuesday, September 18, 2018

Ikan patin gergasi seberat 150kg berjaya ditangkap penduduk, lihat saiznya...

Seekor ikan patin buah bersaiz gergasi seberat 150 kilogram (kg) berjaya ditangkap oleh sekumpulan penduduk Kampung Tok Sangkut, Meranti, Pasir Mas semalam.

Patin gergasi 150kg

Seorang penduduk yang terlibat, Mohd. Ghazali Daud, 62, berkata, ikan tersebut berjaya ditangkap kira- kira pukul 12.30 tengah malam dengan menggunakan kaedah candit di Sungai Lubok Jong, Kampung Teresek.



Menurutnya, mereka mengambil masa lebih sejam untuk menarik ikan berkenaan ke tebing sungai menggunakan tali.

Tarik guna tali

"Ini merupakan tangkapan ikan patin besar yang pernah kami dapat. Sejujurnya tangkapan ini amat mengejutkan semua," katanya seperti yang dilaporkan oleh wartawan Kosmo! Online semalam.

Dijual kepada penduduk setempat



Dijual kepada penduduk setempat

Difahamkan sebanyak 120kg ikan tersebut dijual kepada penduduk setempat dengan harga RM15/kg dan bakinya diagihkan kepada kumpulan penduduk yang terlibat.

Sumber: Kosmo! Online
Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon