Friday, September 28, 2018

Isa Samad keluar UMNO dan jadi calon Bebas lawan Anwar Ibrahim di PRK Port Dickson

Tags

Selepas mengumumkan keluar dari UMNO, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson yang akan diadakan pada 13 Oktober ini.

Anwar Ibrahim

Menurut NSTP, beliau mengambil keputusan itu susulan tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon untuk mencabar Anwar Ibrahim yang mewakili PH dalam PRK tersebut.

Isa Samad dijangka akan membuat sidang media hari ini berhubung keputusannya bertanding sebagai calon Bebas.

“Maaf, itu saja kenyataan buat masa sekarang. Esok saya akan umumkan secara rasmi,” katanya semalam (27/9/2018) di Port Dickson.

Isa Samad

Kerusi P132 Port Dickson kosong selepas Ahli Parlimennya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam usahanya menjadi Perdana Menteri Malaysia Kelapan.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Danyal menang dengan majoriti 17,710 menewaskan calon BN, Datuk VS Mogan dan calon PAS, Mahfuz Roslan.


Kenali Isa Samad, berikut adalah biodatanya;

Nama: Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
Umur: 69
Asal: Melaka

Pendidikan:

Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Pinang
Sekolah Menengah Sains Alam Shah
Ijazah Sarjana Muda Sastera, Universiti Malaya (UM)

Pengalaman dan Kerjaya:

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan (1982-2004)
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang (1986-2004)
Bekas Naib Presiden UMNO (2004-2005)
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan (2004-2006)
Bekas Ahli Parlimen Jempol (2004-2008)
Bekas Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang (1978-2017)
Bekas Pengerusi FELDA dan FGV (2011-2017)
Bekas Pemangku Pengerusi SPAD

Melihat kepada perjalanan politik dan kerjayanya, nyata Isa bukanlah calang-calang orangnya.

Bagaimanapun perjalanan politiknya sentiasa penuh dengan kontroversi termasuklah berkaitan dengan isu rasuah.

Pernah ditahan SPRM

Mampukah Isa Samad memberi cabaran kepada gergasi politik tanah air (Anwar Ibrahim) atau sekurang-kurangnya meraih undi melebihi jumlah undi yang akan diperolehi oleh calon PAS?

PAS telahpun menyatakan hasrat untuk meletakkan calon bertanding dalam PRK tersebut.

Sama-samalah kita nantikan apa kesudahannya.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon