Friday, September 28, 2018

[JAHANAM!] Kesan koyakan pada alat sulit sudah lama tapi 11 jahanam ni tidak akan terlepas

Tags

SEMBILAN remaja lelaki berusia 15 hingga 17 tahun ditahan dan dua lagi masih diburu polis selepas dipercayai merogol seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dalam tiga kejadian berasingan di Kamunting dan Aulong, Taiping sejak 18 hingga 26 September.

GAMBAR hiasan

Empat daripada sembilan suspek masih bersekolah manakala bakinya sudah berhenti sekolah.

Kesemua suspek ditangkap berikutan laporan polis yang dibuat oleh mangsa di Balai Polis Kamunting pagi kelmarin.

Hasil ujian klinikal mengesahkan alat sulit mangsa mengalami kesan koyakan lama.




GAMBAR hiasan

Tiga daripada suspek masing-masing mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan rogol, seksual ke atas kanak-kanak dan pukul sehingga cedera parah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Pihak polis juga sedang mengesan rakan mangsa bernama Anis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib mengesahkan perkara ini dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping semalam.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon