Monday, September 24, 2018

[JUARA BIG STAGE] Persembahan penyanyi Sarah Suhairi pukau juri dan peminat

Tags

SELEPAS lapan minggu berentap, penyanyi Sarah Suhairi ternyata unggul apabila dinobatkan sebagai juara Big Stage pertama menewaskan lima finalis yang lain.

Sarah Suhairi. FOTO: URTV

Persembahan memukau Sarah (18), disampaikan menerusi lagu Ning Baizura berjudul Awan Yang Terpilu pada tugasan pertama dan sebuah single baharu berjudul Nyawa dan Raga pada tugasan kedua.

Kemenangan tersebut sekaligus melayakkan Sarah membawa pulang hadiah utama wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Konsert akhir Big Stage

Berikut merupakan keputusan konsert akhir Big Stage semalam (23/09/2018);

Juara: Sarah Suhairi
Hadiah: Wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi
Tugasan 1: Awan Yang Terpilu
Tugasan 2: Nyawa dan Raga

Tempat Kedua: Syafiq Farhain
Hadiah: Wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi
Tugasan 1: Awan Yang Terpilu
Tugasan 2: Nyawa dan Raga

Tempat Ketiga: Afieq Syazwan
Hadiah: Wang tunai berjumlah RM25,000 berserta trofi
Tugasan 1: Footloose
Tugasan 2: Darjat

Tempat Keempat: Wani Kayrie
Hadiah: Wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi

Tempat Keempat: Baby Shima
Hadiah: Wang tunai berjumlah RM5,000 berserta trofi

Pentas konset akhir semalam juga dihangatkan lagi dengan persembahan istimewa yang diterbangkan khas dari Amerika, Alec Benjamin, Faizal Tahir serta duet antara Alif Satar dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Keputusan bahagian pertama diadili oleh empat orang juri iaitu dua orang juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir serta dua juri jemputan, Mark Adam dan Mas Idayu. Bahagian kedua pula diundi peminat menerusi aplikasi Tik Tok.

Konsert akhir Big Stage semalam berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam dikendalikan oleh pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon