Sunday, September 16, 2018

Kandungan cecah 3 bulan, Liza Hanim tetap teruskan konsert walaupun alami pendarahan

Tags

Penyanyi Liza Hanim, 39, yang kini mengandungkan anak kelima enggan kongsikan kisah kehamilan terlalu awal disebabkan pernah mengalami pendarahan ketika usia kandungannya mencecah tiga bulan.

Liza Hanim. FOTO: budiey

Kejadian itu berlaku ketika dia sedang bersiap sedia untuk membuat persembahan konsert Dua Diva yang berlansung di Singapura Julai lalu.

"Tiga jam sebelum konsert bermula saya alami pendarahan, memang ketika itu saya takut sangat. Doktor juga memberi nasihat untuk saya tidak meneruskan konsert kerana takut sesuatu yang lebih buruk akan berlaku.



"Bagaimanapun saya tetap teruskan konsert sebab ketika itu tidak ada siapa yang tahu saya sedang mengandung kecuali pihak pengurusan dan suami saya. Mujur mereka banyak membantu dan Alhamdulillah semuanya selamat," katanya ketika ditemui pada konsert Semalam Di Malaya yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas malam tadi seperti yang dilaporkan oleh portal berita Utusan Online.

Liza juga mengatakan bahawa sebelum ini dia merancang setiap kehamilannya namun kehamilan kali ini adalah suatu kejutan dan mereka sekeluarga sangat seronok dengan rezeki tersebut.

Kandunganya kini berusia lima bulan.

Perkongsian hidup Liza dengan bekas ahli kumpulan Indigo, Mohd Shahrin Mohd Samsudin atau Shah selama 15 tahun sudahpun dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sumber: Utusan Online

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon