Sunday, September 30, 2018

Kasih seorang isteri, Dayangku Intan derma buah pinggang kepada suami

Tags

PENYANYI terkenal era 80-an, Dayangku Intan atau nama penuhnya Tengku Intan Binti Tengku Abdul Hamid (53), selamat menjalani pembedahan mendermakan satu buah pinggangnya kepada suami tercinta, Rosman Yahil (56), di sebuah pusat perubatan di ibu negara, kira-kira jam 1 tengah hari semalam (29/9/2018).

Popular di era 80-an

Prosedur pemindahan organ tersebut berjalan dengan lancar bermula kira-kira jam 8 pagi iaitu tiga jam untuk Intan dan lima jam untuk Rosman.

Kedua-dua pasangan tersebut kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan susulan.


Sebelum ini, Rosman terkena jangkitan kencing tikus dan jangkitan tersebut merebak ke bahagian buah pinggangnya hingga gagal berfungsi sejak tiga bulan yang lepas.

Intan dan Rosman

Sebagai rekod, Rosman adalah seorang penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi terkawal.

Pasangan tersebut yang telah 34 tahun mendirikan rumahtangga dikurniakan empat anak dan seorang cucu.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon