Tuesday, September 18, 2018

[Kemaskini] 19 mati, 14 kritikal, 9 masuk wad untuk rawatan dan pemerhatian, 9 dibenar pulang

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 19 mangsa disyaki maut akibat keracunan metanol setakat pukul 5 petang tadi.

GAMBAR hiasan


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya menerima notifikasi bagi 51 kes keracunan metanol, masing-masing 45 kes di Selangor dan enam kes di Kuala Lumpur dengan tiga mangsa terdiri daripada rakyat tempatan dan 48 mangsa dari Myanmar, Nepal, Bangladesh dan India.

Beliau berkata, selain 19 kematian yang dicatat, 14 pesakit kini dalam keadaan kritikal, sembilan pesakit dimasukkan ke wad untuk rawatan dan pemerhatian manakala sembilan individu dibenarkan pulang setelah menjalani rawatan. 



Minuman disyaki

"Jumlah kes dijangka meningkat apabila lebih ramai pesakit datang mendapatkan rawatan bagi kes keracunan metanol," katanya dalam satu kenyataan malam ini.


Beliau berkata, pesakit menunjukkan tanda-tanda dan gejala keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan dan ada yang mengalami sesak nafas, kekejangan dan tidak sedarkan diri. - Bernama

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon