Monday, September 24, 2018

[KEMASKINI] Isu Timbalan Menteri ada hubungan sulit kemungkinan besar adalah palsu dan fitnah

Tags

Sejak 22/09/2018 yang lalu, telah tular artikel dari beberapa blog dan status di media sosial berkenaan hubungan sulit yang mengaitkan MP Kota Belud dengan pegawai khasnya.

Artikel tersebut boleh dibaca melalui link di bawah;










Sehingga artikel ini ditulis dan diterbitkan, ketiga-tiga link di atas masih dapat dicapai.

Walau bagaimanapun, Timbalan Menteri yang dikaitkan dengan isu tersebut telahpun membuat penafian terhadap artikel dalam blog dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Subang Jaya pada 23/09/2018, pukul 1549PM (3.49 petang).


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kepada siapa atau blog mana yang dimaksudkan dalam laporan polis tersebut kerana bahagian "link" yang dinyatakan dalam laporan itu telah digelapkan.



Seorang pemilik akaun Facebook yang mengenali rapat Timbalan Menteri itu juga telah memuat naik status yang menafikan timbalan menteri berkenaan tergamak melakukan perkara yang sekeji itu.


Semalam, laman ini juga ada memuat naik artikel berkenaan persoalan isu tersebut yang mana sumbernya diambil dan disesuaikan dari artikel Sex Scandal In Kota Belud Between Its MP And Her Officer, Isteri Pegawai Khas Dedah Skandal Seks Suami Dengan Timbalan Menteri ‘Warisan’, Timbalan Menteri Mengaku Ada Skandal Dengan Pegawainya dan juga dari beberapa status media sosial yang lain.

Dengan adanya penafian dan laporan polis oleh YB Isnaraissah, Anggota Parlimen Kota Belud merangkap Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar, maka dengan itu, artikel sebelumnya; Terbongkar hubungan sulit MP Kota Belud dengan pegawai khas berstatus suami orang akan dibuang dari laman ini jika perlu.

Sama-samalah kita melihat apa kesudahan dakwaan yang dibuat oleh penulis Sex Scandal In Kota Belud Between Its MP And Her Officer, artikel yang dipercayai menjadi sumber rujukan laman blog dan media sosial yang lain.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon