Wednesday, September 26, 2018

[KEMASKINI] Pak Ngah disahkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung

Tags

KOMPOSER terkenal tanah air yang juga seorang pejuang lagu irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ngah, meninggal dunia akibat kegagalan jantung di Tanjung Pinang, Batam, Indonesia pada pukul 3.15 petang semalam (25/09/2018).

Pak Ngah

Perkara itu disahkan sendiri oleh sumber terdekat daripada Pak Ngah Production, Abdul Rahman Mahadi ketika dihubungi media (Bernama) semalam.

Difahamkan jenazah akan dibawa pulang dari Batam melalui feri pada pukul 8.00 pagi ini dan akan dikebumikan berhampiran kediamannya di Setapak.

Pak Ngah meninggalkan seorang isteri, Datin Sharifah Mahani Syed Kasim dan seorang anak lelaki dan perempuan.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon