Saturday, September 15, 2018

Kerana inginkan 'sentuhan kasih sayang' wanita, pemuda 'sanggup' jadi OKU

Tags

Arizona: Ibarat kurang kasih sayang, seorang lelaki sanggup berpura-pura menghidap Sindrom Down semata-mata ingin mengupah penjaga supaya memandikan dan menukarkan lampinnya.

Menchaca. FOTO: khou.com

Bagaimanapun, penipuan lelaki terbabit, Paul Anthony Menchaca, 30, terbongkar selepas dia ditahan di rumah ibu bapanya di Gilbert, Arizona, Amerika Syarikat (AS) sebelum didapati sebenarnya normal.

Dia kemudiannya didakwa kerana melakukan penipuan dan salah laku seksual.

Mangsanya tiga wanita yang diperdaya dan diupah sebagai penjaga menerusi satu iklan dalam talian di laman sesawang CareLinx.com, lapor AZFamily.

Menchaca menggunakan identiti sebagai wanita bernama 'Amy' sebelum menjerat mangsa pertama sambil mengatakan dia mencari penjaga untuk anak lelaki dewasa.

Mangsa berkata, dia membantu Menchaca 30 kali di dua alamat rumah, namun ia bukan alamat rumahnya yang sebenar.



Sepanjang waktu itu, dia berdepan insiden tidak menyenangkan sebanyak lima kali apabila lelaki terbabit bertindak agresif sambil mengatakan kemaluannya tidak dicuci dengan bersih.

Mangsa pertama kemudian merujuknya kepada penjaga kedua pada Julai dan ketiga pada Ogos lalu selepas bersetuju dengan syarat ditetapkan oleh 'Amy.'

Afidavit penahanannya menyatakan, ketiga-tiga mangsa hanya berhubung mengenai bayaran dan arahan menerusi mesej yang dihantar oleh 'Amy.'

"Amy meminta semua mangsa 'menghukum' (Menchaca) apabila dia mengotorkan lampinnya dengan merehatkannya atau mendendanya dengan cara lain.

"Semua mangsa dibayar secara tunai ketika mengambil dan menghantarnya ke lokasi tertentu," kata afidavit itu.

Mangsa pertama mula curiga pada awal September sebelum mengekorinya pulang dari tempat dia dihantar.

Dalam afidavit itu, dia disambut ibu bapa Menchaca sebelum semuanya terbongkar apabila mendapat tahu Menchaca tidak menghidap Sindrom Down.

Terdahulu, ketiga-tiga mangsa diberi keterangan bertulis dalam sesi pendengaran kes itu.

Sementara itu, Menchaca mendakwa dia memerlukan perhatian khas dan bekerja bersama ibu bapanya.

Sumber artikel: MyMetro


Jika menarik, sila share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon