Wednesday, September 12, 2018

Ketahui 5 buah negara terkecil di dunia, nombor 1 dan 2 tidak masuk akal

Salah satunya ada di atas laut, dengan keluasan 0.004 kilometer persegi bekas benteng Perang Dunia II.

Negara di dunia

Berikut adalah senarai negara terkecil didunia.

1. Sealand

Sealand

Sekilas pandang, tempat ini akan kelihatan seperti sebuah bekas pelantar minyak yang telah usang. Namun, Sebenarnya apa yang anda lihat itu merupakan sebuah negara, Sealand.

Sealand terletak di 9.6 kilometer dari pantai Suffolk, Inggris. Negara ini hanya memiliki keluasan 0.004 km persegi bekas benteng Perang Dunia ke-2. Tiada rumah, sistem pengangkutan dan hiburan.

Negara ini hanya terdiri daripada dua menara beton yang terhubung oleh sebuah landasan besi beberapa kilometer dari Felixstowe, di perairan antarabangsa. Belum diiktiraf sebagai sebuah negara oleh PBB.

2. Liberland

Liberland

Negara kecil ini dikenali senagai Liberland yang terletak di antara dua negara, Croatia dan Serbia. Negara ini hanya berkeluasan 8 km persegi. Tidak ada bangunan dan hanya kawasan hutan dan ladang.

Sesuai dengan undang-undang dasar negara ini, semua orang layak menjadi warga negara kecuali mereka yang mempunyai sejarah lalu terkait dengan kelompok komunis, Nazi, atau kelompok lain yang dianggap melakukan keganasan. Belum diiktiraf sebagai sebuah negara oleh PBB.

3. Vatikan

Vatikan

Vatikan merupakan negara terkecil di dunia. Luasnya hanya 44 hektar dengan penduduk sekitar 1000 orang. Vatikan terletak di tengah-tengah kota Rom, Itali.

Uniknya, sumber pendapatan utama negara ini diperolehi daripada hasil penjualan cenderamata, tiket masuk muzium, serta penjualan buku atau penerbitan lain.

4. Monaco

Monaco

Keluasan negara ini hanya 2.2 km persegi. Walaupun berstatus negara berdaulat, urusan pertahanan negara kecil ini berada dibawah tanggungjawab Perancis.

5. Nauru

Nauru

Suatu ketika dahulu, negara ini dikenal sebagai Pulau Pleasant. Tetapi sejak 31 Januari 1968 pulau ini menjadi sebuah negara berdaulat dikenali sebagai Republik Nauru. Republik Nauru adalah sebuah negara yang terletak di Lautan Pasifik. Keluasannya hanya sekitar 21 km persegi.

Share jika anda rasa artikel ini menarik.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon