Friday, September 21, 2018

[Khas untuk lelaki] Minuman dan makanan ini boleh menjadi punca penceraian

Apa yang anda makan dan minum pasti ada kesannya terhadap kehidupan seksual anda. Kita jarang mengambil tahu tentangnya, tapi ketahuilah bahawa makanan dan minuman ini boleh membunuh gairah seksual (libido) anda tidak kira lelaki ataupun perempuan.

GAMBAR hiasan. FOTO: kompas

Seperti yang dipetik dari laman Prevention.com, Jumaat (14/9/2018), berikut merupakan lima makanan dan minuman yang boleh melemahkan tenaga batin lelaki:

1. Alkohol

GAMBAR hiasan. FOTO: klikkout

Tahukah anda bahawa minum alkohol dalam jumlah yang banyak akan melemahkan tenaga batin anda ketika bersama pasangan? Berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan, seseorang yang terlalu banyak mengambil alkohol akan sukar untuk mencapai orgasme. Sukar mencapai orgasme disini bukan bermaksud anda "tahan lama" melakukan hubungan intim, tapi anda "layu" sebelum orgasme.



Pengambilan alkohol dalam jumlah yang sedikit tidak akan mempengaruhi tahap libido anda. Bagaimanapun anda harus tahu had pengambilannya.

2. Popcorn

GAMBAR hiasan. FOTO: onceuponachef

Makanan ini sememangnya enak dimakan dan "wajib" dibeli apabila menonton wayang di pawagam.

Namun, terlalu banyak makan popcorn boleh menyebabkan aktiviti seks anda terganggu. Perkara ini bukan disebabkan oleh rasa manis atau biji jagung, tapi datang dari proses memasaknya.

Ketika memasak, Asid Perfluorooctanoic akan terhasil dari lapisan polimer politetrafluoroetilena (teplon) dan alat masak yang digunakan. Bahan kimia yang terhasil ini dipercayai akan membunuh hormon anda.

3. Soda

GAMBAR hiasan. FOTO: gethealthycairo

Berapa banyak soda yang anda minum dalam sehari? Anda patut memberikan perhatian yang sewajarnya tentang perkara ini. Sebabnya, hasil satu penyelidikan yang diterbitkan dalam European Journal of Urology mengaitkan bahaya soda terhadap kesihatan, terutamanya aktiviti seksual.

Para penyelidik tersebut mendapati bahawa minuman soda mengandungi sirap jagung fruktosa yang tinggi dan berisiko meningkatkan ketidakmampuan ereksi anda.

4. Daging Mentah



GAMBAR hiasan. FOTO: nbcnews

Selain meningkatkan kolesterol dan risiko obesiti, makanan berlemak tinggi protein boleh mempengaruhi tahap kualiti seksual anda.

Menurut penyelidikan oleh Cleveland Clinic, lemak tepu yang terdapat dalam daging merah mempengaruhi kadar kolesterol, yang boleh menurunkan libido lelaki dan perempuan.

5. Produk Tenusu

GAMBAR hiasan. FOTO: geronimo

Produk tenusu seperti keju mengandung xenoestrogen, sejenis estrogen yang menganggu produksi hormon semulajadi tubuh anda.

Menurut satu penyelidikan yang diterbitkan dalam Perspektif Kesihatan Persekitaran, kesan negatif xenoestrogen tambahan ialah boleh menyebabkan penurunan tahap kesuburan dan libido.

Nah! itu dia lima makanan dan minuman yang menjadi masalah kepada lelaki saat sedang berhubungan intim dengan pasangan jika diambil secara berlebihan.

Anda sudah mengetahuinya. Oleh itu, jangan biarkan makanan dan minuman ini mempengaruhi kehidupan peribadi anda.

GAMBAR hiasan. FOTO: doktersehat

Anda maklum faktanya, banyak kes perceraian pasangan suami isteri bermula daripada masalah ini.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon