Thursday, September 6, 2018

[Khas untuk wanita] 7 perkara anda wajib tahu jika mahu kekal dalam percintaan

Tags

Jika anda seorang wanita dan sedang dilamun cinta, pastikan anda tidak melakukan hal-hal berikut jika anda mahu terus kekal bersama dengan kekasih anda:

Foto: love-hit

1. Terlebih hias
Lelaki tertarik dengan apa yang dilihat tetapi terlebih hiasan muka sehingga kelihatan seperti iklan untuk cat muka membuat mereka rasa mahu mengambil alat kikis dan membuang semua yang anda sapukan atas muka anda! Sebaliknya kelihatan kemas dan bersih lebih disukai.
Tip: Gunakan pewangi yang mengandungi haruman yang dia minati - jauh lebih berkesan.

Foto: timedotcom

2. Kisah lama
Bercerita tentang kehebatan bekas kekasih atau kawan lelaki lain tidak hanya membuat dia cemburu tetapi mungkin menyebabkannya menjadi marah dan menjauhkan diri dari anda. Sebabnya? Dia fikir anda anggap dia kurang hebat (egonya yang rapuh terguris).
Tip: Kenalpasti satu sifatnya yang baik dan beritahu dia mengapa anda menghargai sifat itu.

Foto: volimpodgoricu

3. Sentuh selalu
Sentuhan seorang perempuan memang dihargai dan berkuasa tetapi jika anda sering menyentuh dia, dia akan menganggap anda terlalu mengongkong dan tidak mahu lepaskan dia. Tangan yang tak pandai melepaskan dia dengan cepat tidak disenangi. Lepaskan diri dari dia - biar sentuhan yang diberi sesuai pada masanya dan 'mahal' (tidak selalu diberi).
Tip: sentuhan lembut dan cepat disertai kata-kata pujian pada masa-masa tertentu sangat instimewa bagi seorang lelaki.

Foto: pixabay

4. Impian atau igauan
Walaupun hampir semua perempuan mimpikan hari perkahwinan mereka, lelaki biasanya memandang perkahwinan sebagai sesuatu yang menakutkan dan 'berat'. Oleh itu dia hanya mahu bercakap tentang perkahwinan bila dia sudah bersedia untuk melakukannya. Membangkitkan isu perkahwinan sebelum masanya akan menyebabkan dia melarikan diri dari anda.
Tip: Hanya bercakap tentang perkahwinan sesudah dia melamar anda.

Foto: unsplash

5. Kelakar
Lelaki suka berkelakar dan ketawa tetapi mereka tidak suka dijadikan bahan tertawa. Jika anda memakai kekasih anda (perbuatannya, kata-katanya, kesilapannya) sebagai bahan lawak (dengan berkongsi kepada kawan-kawan perempuan anda khususnya) dia akan tersinggung dan 'sakit hati'. Jika anda menghargai persahabatan anda, hentikan amalan ini.
Tip: cari apa yang dia anggap kelakar dan kongsikan itu untuk mengukir senyum di hatinya.

Foto: hallelujah

6. Mari berubah
Jangan sama sekali cuba mengubahnya! Jika anda tidak suka siapa dia, berhenti berhubung sebagai teman cinta. Berusaha memaksa dia menerima cara anda, suka apa yang anda suka dan melakukan apa yang anda mahu dia lakukan pasti akan menolak dia jauh dari anda. Jika anda tidak dapat menerima dia seperti mana ada, dia tidak sesuai sebagai kekasih anda - anda telah salah pilih.
Tip: Cari kekasih yang disenangi dan boleh diterima seperti mana keadaan dia.

Foto: brainyquote

7. Suka berdrama
Jika anda mahu terus menyimpan dia, jangan berlagak sebagai seorang puteri yang mahu sentiasa dilayani. Anda tidak perlu berdrama setiap kali apa yang dirancang tidak menjadi atau dia gagal melakukan sesuatu untuk anda. Perempuan yang susah dihiburkan dan selalu marah-marah tidak tahan lama sebagai kekasih.
Tip: Hargai apa yang dia berjaya lakukan dan bersama cari penyelesaian untuk apa yang tidak dapat dicapai.

Sumber: Diolah semula daripada artikel Cinta Bijak 101: 7 Cara Menyimpan Kekasih Anda

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon