Friday, September 28, 2018

[MAKSIAT] RM300 - RM1,000 satu malam, ibu tunggal berpakaian sangat mengghairahkan dihukum

Tags

KUALA TERENGGANU - Seorang ibu tunggal yang berkerja sebagai pencanting batik sambilan berusia 30 tahun dijatuhi hukuman enam bulan penjara dan enam sebatan oleh Hakim Syarie Rosdi Harun di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu semalam kerana terbabit dengan aktiviti persundalan.

Tertuduh (tengah)

Berdasarkan kertas pertuduhan, ibu tunggal yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan tersebut ditahan dalam satu operasi cegah maksiat dilakukan pasukan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu di sebuah bilik hotel bertaraf tiga bintang di bandar raya ini pada pukul 11.45 malam, 17 September lalu.

Ketika serbuan, ibu tunggal tersebut didapati melakukan persediaan melacurkan diri dengan berpakaian sangat mengghairahkan bersama seorang lelaki dipercayai pelanggannya dalam bilik hotel tersebut.


GAMBAR hiasan

Berdasarkan soal siasat, tertuduh mengaku melakukan aktiviti pelacuran tersebut dengan bayaran antara RM300 hingga RM1,000 semalam.

Tertuduh yang berpisah dengan suami sewaktu anak tunggalnya berusia lima bulan didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon