Monday, September 10, 2018

Mantan pegawai khas Timbalan Menteri KDN ditahan polis selepas ter'kantoi' rakam bawah skirt wanita

Mantan pegawai khas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Mohd. Azis Bin Jamman diberkas polis bagi membantu siasatan kes rakaman video bawah skirt wanita di sebuah kedai cermin mata di Kuala Lumpur.

Sekadar gambar hiasan


Aksi pelaku

Lelaki berusia 47 tahun yang dipecat serta merta itu ditahan pada pukul 1 petang di sebuah restoran dalam sebuah kompleks beli-belah di ibu negara.



Penahanan tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim kepada pihak media.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) kerana kesalahan menggunakan perkataan atau isyarat yang bermaksud mengaibkan kehormatan.

Sehubungan itu, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Azrizal Khairul Abd. Kadir di talian 019-2769 117 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-4048 2233 bagi membantu siasatan.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon