Wednesday, September 26, 2018

[MENJIJIKKAN] Rumah Wan Hafsah yang penuh sampah dan najis sudah dibersihkan

Tags

SEORANG wanita hidup dalam timbunan sampah sarap dalam rumahnya di Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat sejak lebih 10 tahun lalu.

Rumah penuh sampah

Wan Hafsah Che Awan, 39, yang dipercayai mengalami masalah mental sejak remaja, tinggal di rumah itu berseorangan selepas kematian kedua-dua ibu bapa angkatnya sejak 15 tahun lalu.

Keadaan dalam rumah itu sangat teruk bermula dari tangga hingga ke dalam rumah dengan timbunan sampah sarap yang terdiri daripada sisa dan bekas makanan serta minuman.

Tilam busuk sebagai alas tidur

Paling menjijikan apabila najis Wan Hafsah juga terselit antara timbunan sampah itu.

Bagi orang yang normal, keadaan rumah tersebut sangat mustahil untuk didiami walau hanya untuk seketika.

Walau bagaimanapun, atas dasar kebertanggungjawaban dan kemanusiaan, Wanita Pakatan Harapan (PH) Tumpat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menganjurkan aktiviti gotong-royong membersihkan rumah Wan Hafsah yang membabitkan 20 sukarelawan.

Sukarelawan - rumah telah dibersihkan


Ketua Wanita PH Tumpat, Nik Faizah Nik Othman berkata, gotong-royong membersihkan rumah Wan Hafsah bermula jam 10 pagi dan selesai dua jam kemudian.

Ibu bapa kandung Wan Hafsah berasal dari Narathiwat, Thailand dan dia diambil sebagai anak angkat oleh kedua ibu bapa angkatnya sebaik sahaja dilahirkan.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon