Friday, September 7, 2018

Model SUV Proton dinamakan X70, tempahan dibuka bermula esok



Proton Holdings Bhd (PROTON) mengumumkan nama rasmi model SUV pertamanya hasil kerjasama dengan Geely sebagai Proton X70 pada sesi taklimat media pengenalan model itu di Subang Jaya sebentar tadi.

Nama X70 dipilih selepas ia dipilih lebih 60 peratus daripada hampir 90,000 orang peserta peraduan yang perlu memilih empat nama pilihan mereka iaitu PX7, X7, X70 dan X700 secara atas talian yang dibuka pada April lalu.


Syarikat itu juga mengumumkan tempahan untuk pembelian X70 boleh dibuat bermula esok di cawangan terpilih di seluruh negara dengan bayaran deposit sebanyak RM1,000.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, pihaknya akan mengadakan sesi pratonton Proton X70 untuk pelanggannya di tujuh bandar utama seluruh negara iaitu di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching bermula 19 September hingga 4 November ini.


Pada sesi taklimat itu, warga media diberi peluang melihat dengan dekat model SUV X70 yang buat kali pertama ditunjukkan kepada awam.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon