Tuesday, September 11, 2018

Muhammad Umar Zayyan Muhammad Haikal Hafiz anak tunggal Zura Emilia Mokhtar mungkin buta

Tags

Umar dan ibunya

Bayi lelaki berusia empat bulan yang dimasukkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri ketika berada dalam jagaan pengasuhnya, berkemungkinan besar menghadapi masalah penglihatan dan pendengaran.

Ibunya, Zura Emilia Mokhtar, 26, berkata, doktor mengesahkan perkara itu ketika membenarkan anak tunggalnya, Muhammad Umar Zayyan Muhammad Haikal Hafiz dibawa keluar dari Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban pada kamis lalu menurut laporan portal berita MyMetro.

“Sedih memang sedih. Tetapi saya tidak boleh putus asa dan lemah semangat. Saya dan suami akan cuba yang terbaik bagi membantu Muhammad Ummar Zayyan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Ummar Zayyan kritikal akibat pendarahan dalam otak dan mata selepas tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Mambau, Seremban pada 20 Ogos lalu.

Ketika di wad. Foto: MalaysiaGazette

Kejadian yang menimpa bayi itu tular di media sosial selepas dikongsi netizen dan mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk ada yang mengecam pengasuh terbabit.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon