Wednesday, September 12, 2018

Mungkinkah Azmin Ali akan masuk BERSATU jika kalah kepada Rafizi?

Tags

Azmin Ali

Azmin akan masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Itulah jawapan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak apabila ditanya sekiranya Dato' Seri Mohamed Azmin Ali kalah kepada Mohd Rafizi Ramli di dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam merebut jawatan Timbalan Presiden

"Kalau senario macam tu, Azmin boleh masuk BERSATU. Ada kemungkinan.

"Jadi Pesiden dia pun, ucapan dia pun, dah nampak, dia 'prepare the ground'," komennya.

Kenyataan ini dibuat ketika pertemuan Najib bersama kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di Tanjung Malim semalam.



Perebutan jawatan Timbalan Presiden antara Azmin dan Rafizi menjadi hangat apabila dua kumpulan ini mula menyerang antara satu sama lain dengan pelbagai tuduhan dan cerita-cerita dalam kelambu yang mula dikeluarkan.

Rata-rata melihat Azmin mempunyai kelebihan memandangkan beliau mempunyai jawatan di dalam kerajaan, namun tidak dinafikan Rafizi pula telah mendapat restu dari Presiden PKR itu sendiri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Terbaru Rafizi membongkar Azmin telah bertemu Anwar Ibrahim di luar negara ketika mendapatkan rawatan di Turki baru-baru ini dan meminta agar Anwar Ibrahim supaya tidak bertanding dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Tindakan Azmin telah mengundang pelbagai reaksi dari pengikut setia Anwar Ibrahim dan kesetian Azmin mula dipersoalkan oleh ramai ahli-ahlinya.

Sumber artikel: Azmin akan masuk Bersatu - Abu Leman

Share jika anda rasa artikel ini menarik.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon