Wednesday, September 5, 2018

Musa telah kembali & selesai angkat sumpah, ribuan rakyat menyambut kepulangannya!

Tags

Tan Sri Musa Aman, bekas Ketua Menteri Sabah, akhirnya kembali ke Sabah selepas beberapa bulan menerima rawatan di luar negara dan pusat perubatan di Semenanjung Malaysia.

Kepulangan Musa

Musa tiba di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 12.40 tengah hari tadi dengan pesawat khas yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz pada jam 10.30 pagi.

Sebaik tiba, Musa dilihat keluar dari pintu balai ketibaan dengan berpakaian sut hitam, bersongkok, berjambang putih dan bertongkat.

Musa Aman



Ketibaan beliau disambut lebih 1,000 penyokongnya yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Para penyokong

Sejurus itu, beliau menaiki kenderaan menuju ke bangunan Dewan Undangan Negeri untuk mengangkat sumpah.

Musa Aman tiba di KKIA

Beliau tiba di bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah pada jam 1.25 petang tetapi terus berada didalam kenderaan dinaikinya sehingga speker tiba pada pukul 2.45 petang.

Musa Aman berjaya mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga di hadapan speker DUN, Syed Abbas Syed Ali pada jam 3.33 petang selepas menunggu hampir dua jam.

Bercakap kepada media buat pertama kalinya sejak kembali ke Malaysia, Musa mengulangi bahawa dia tidak pernah berniat lari dari pihak berkuasa ketika dia meninggalkan negara.



Sidang media

Dalam sidang akhbar yang berlangsung kira-kira empat minit, beliau berkata, beliau telah memberikan kerjasama penuhnya kepada pihak berkuasa di Kuala Lumpur dan akan terus berbuat demikian jika diperlukan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Syed Abbas kerana memahami keadaannya dan memberikannya peluang agar dia dapat memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota dewan undangan negeri.

"Saya adalah anak pribumi negeri Sabah yang selama ini telah memberi khidmat bakti terhadap kawasan Dewan Undangan Negeri saya dan juga kepada negeri Sabah yang saya cintai. Perjuangan dan khidmat saya kepada rakyat serta negeri ini akan tetap saya teruskan dengan sedaya upaya saya.

"Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak, khususnya para penyokong saya atas sokongan padu serta doa-doa yang tuan-tuan dan puan-puan berikan selama ini," katanya.



Artikel Terkait


EmoticonEmoticon