Friday, September 7, 2018

Nabil akan berundur daripada dunia lakonan, fokus sebagai penerbit

Tags

Nabil. Foto: mediahiburan

Nabil Ahmad atau lebih mesra dipanggil Nabil sahaja mengakui, sudah tiba masanya untuk dia berundur daripada dunia lakonan dan akan memberikan tumpuan kepada tugasan di balik tabir.

Pelawak dan pengacara popular yang mengukuhkan namanya sedekad yang lalu ini berkata, pendirian mengehadkan kemunculannya di televisyen, kecuali dalam bidang pengacaraan diputuskan kerana dia lebih puas menyajikan penonton dengan naskhah terbitannya sendiri.

“Saya masih mahu berada di set penggambaran, tetapi bukan sebagai pelakon, sebaliknya menjadi penerbit dengan menghasilkan drama dan filem.

“Kepuasan melihat orang lain melontarkan dialog, menggarap idea yang diterjemahkan menerusi skrip dan lakon layar sukar digambarkan.

“Lagipun, sepanjang 10 tahun ini, saya belum mencapai apa-apa kejayaan sebagai pelakon, berbanding kerjaya seni lain. Rasanya lebih baik saya hasilkan skrip dan menerbitkan produksi sendiri.” katanya seperti yang dilaporkan oleh wartawan BH Online, Hanisah Selamat.




Pemilik bersama syarikat produksi, KMN Production itu berkata, kejayaan The Hantus mengutip lebih RM1 juta ketika disiarkan menerusi Astro First menyuntik semangatnya menghasilkan lebih banyak naskhah bermesej.

Nabil bagaimanapun berkata, dia masih memenuhi tawaran muncul di skrin televisyen sebagai hos dan pelawak.

“Saya mahu menjadi seperti Mamat Khalid yang dikenali bersandarkan idea kreatif dan karya yang melekat di hati semua kelompok masyarakat.

“Bukan tidak sayang dengan lakonan, namun cukup sampai setakat ini kerana jiwa saya lebih kepada kerja belakang tabir,” katanya yang bakal tampil bersama telefilem, Datuk Setan.

Sebagai rekod, Nabil pernah menggenggam gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2008 dan turut dicalonkan pada musim ini.

Namanya berada dalam senarai awal ABPBH31 untuk kategori Pengacara TV Popular dan Artis Versatil Popular yang bakal diumumkan pada malam kemuncak 7 Oktober depan.

Sumber: BH Online

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon