Sunday, September 9, 2018

Nana berubah selepas kena 'panic attack' selama lapan bulan akibat kematian bekas suami

Tags

Siti Nordiana Alias merupakan seorang penyanyi, pelakon dan hos popular mengakui pernah berdepan tekanan perasaan hingga kerap diserang panik selepas kematian bekas suaminya, Allahyarham Mohd Faizal Yusof pada tahun 2011. 

Siti Nordiana Alias

Siti Nordiana, 34, atau lebih mesra dengan panggilan Nana sahaja, mendedahkan kehilangan ayah kepada anak tunggalnya, Mohd Rayyan Nakhaie yang ketika itu baru berusia dua setengah tahun, memberi tamparan hebat walaupun mereka sudah bercerai.

"Saya bagai hilang punca dengan ketiadaan arwah. Ini kerana tiada siapa lagi untuk saya berkongsi cerita mengenai Rayyan. Sebagai anak lelaki, tentu dia perlukan ayah untuk mendidik dan menjadi contoh kepadanya.


"Walaupun antara kami tiada apa-apa lagi ikatan, hubungan anak dan ayah tidak mungkin terputus. Lagi pun Rayyan terlalu kecil selain belum puas bermanja dengan bapanya.

"Saya jadi murung, suka menyendiri dan menangis tanpa sebab. Paling ketara saya kerap mendapat 'panic attack' selama hampir lapan bulan disebabkan terlalu risaukan keadaan Rayyan dan nasib kami," katanya selepas majlis pelancaran buku biografi Life Goes On di Kuala Lumpur, semalam seperti yang dilaporkan wartawan BH Online, Hanisah Selamat.

"Syukur saya hanya melalui fasa tekanan dalam tempoh lapan bulan. Ramai membantu dan pantas membuatkan saya sedar serta reda menerima ketentuan. Daripada situ, saya mula berubah, berhijab dan ingin lebih dekat kepada-Nya," katanya lagi.

Perkahwinan Nana dengan Faizal yang juga pelakon drama Yang Dimetri pada tahun 2006, hanya mampu bertahan selama tiga tahun. Faizal meninggal dunia akibat serangan jantung pada tahun 2011.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon