Sunday, September 2, 2018

Nina kuat cemburu, tolak sekeras-kerasnya dimadukan atau bermadu

Tags

Nina, anak kelahiran negara jiran Brunei Darussalam, berjaya mencipta kelompok peminatnya yang tersendiri. Dia sering ditawarkan dan menjayakan watak wanita yang rela dimadukan, dipukul dan didera oleh suami dalam siri drama.

Namun, untuk ia berlaku dalam kehidupan sebenar apabila mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya nanti, Nina menolak sekeras-kerasnya.

Nur Akmalina Iskandar

Pemilik nama Nur Akmalina Iskandar ini menolak wujudnya orang ke-3 dalam perhubungan. Walau bagaimanapun, dia juga tidak tahu akan takdir yang telah diaturkan Allah untuk dirinya sendiri.

"Tidak sama sekali. Saya tidak sanggup berkongsi kasih. Lebih-lebih lagi soal percintaan dalam hubungan dua jiwa."

"Apa yang saya lakonkan tidak semestinya boleh bawa ke dalam kehidupan sebenar. Saya cuma jayakan watak itu atas tuntutan kerja sahaja."

"Disebabkan itu saya sentiasa berdoa agar tidak tergolong dalam golongan orang yang bermadu atau dimadukan. Saya tak sanggup kerana saya cemburu orangnya," ujar Nina sambil tertawa.

Nina kini menjayakan watak isteri kepada Sharnaaz Ahmad yang bermain cinta dengan Ayda Jebat dalam drama Cinta Bukan Kristal di slot Akasia, TV3.

Walaupun watak wanita teraniaya menjadi lubuk rezekinya selama ini, Nina mengakui cukup penat menjayakan watak sebegitu.





"Jujur kata, memang saya penat. Bayangkan sejak berlakon Terlarang Sudah Rinduku sehingga drama terbaharu, Isteri Dalam Sangkar, saya asyik bawa watak isteri yang dianiaya."

"Malah, untuk Isteri Dalam Sangkar, saya terpaksa menjayakan watak menangis dan dipukul dari pagi sampai ke malam. Sampaikan emosi saya itu terbawa-bawa di luar set. Takut juga lama-lama menjadi depresi," luah Nina mengenai drama 30 episod, siaran HyppTV yang bakal disiarkan pada bulan Oktober nanti.

Selain berlakon, Nina juga menjalankan perniagaan puding dan kerepek peria goreng sebagai sumber pendapatan sampingannya.

"Sebelum ini saya hanya berniaga secara online, namun selepas sertai booth di sebuah acara di Kuantan, Pahang, baru saya rasa seronok berniaga secara langsung," jelasnya.

Pernah terpalit kontroversi putus tunang dan mengubah penampilan di awal penglibatannya dalam industri seni, Nina sedaya upaya untuk tidak mengulanginya lagi.




"Saya akui sebelum ini pernah terkait kontroversi. Memang tidak tenang walaupun kita berdiam diri dan tidak melatah dengan kontroversi yang melanda. Jadi, saya cuba sedaya-upaya untuk elak daripada melakukan kontroversi dan hanya fokus kerjaya," ujarnya.

Sumber: Diolah semula dari artikel "Nina tidak mahu bermadu" yang ditulis oleh Fateh Saphilla Mohamed Isa dalam portal Kosmo Online (02 September 2018/ 2:00am).

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon