Sunday, September 9, 2018

Pakatan Harapan unggul di PRK DUN Balakong dan Seri Setia

Tags

Semalam 8 September 2018 merupakan tarikh pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia.

Kedua-dua DUN tersebut dipertandingkan kerana kematian penyandangnya.

Selepas tempoh pengundian ditutup dan pengiraan undi selesai dikira, keputusan adalah seperti berikut;

Calon Pakatan Harapan (PH), Wong Siew Ki memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini dengan majoriti undi sebanyak 18,533.

Wong Siew Ki 

Beliau memperoleh sebanyak 22,508 undi sekali gus menewaskan calon MCA, Tan Chee Teong dengan jumlah 3,975 undi.

Pengumuman keputusan rasmi itu dilakukan oleh Pegawai Pengurus PRK DUN Balakong, Datuk Rosli Othman kira-kira pada pukul 8.50 malam di Dewan Utama Demesne, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat di Bangi dekat sini.

Manakala calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi tersebut selepas berjaya meraih 13,725 undi berbanding pencabarnya, calon Pas, Dr. Halimah Ali 9,698 undi dengan majoriti 4,027 undi.



Halimey Abu Bakar

Kemenangan Halimey itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK DUN Seri Setia Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zaini kira-kira pukul 9 malam di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK DUN Seri Setia di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon