Wednesday, September 26, 2018

[PANAS!] Menteri dah ok tapi orang bawahan 'berak merata' buat Anwar Ibrahim geram

Tags

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM akan bertemu Menteri Kerja Raya, Baru Bian esok bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan rasuah membabitkan setiausaha politiknya.

Anwar Ibrahim

Pagi semalam, Pengelola Angkatan Muda Keadilan, Ahmad Syukri Che Ab Razak membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Setiausaha Politik Baru Bian.

Menurut Ahmad Syukri, beliau telah menyerahkan gambar mesyuarat dan rakaman audio berhubung tindakan Setiausaha Politik itu yang cuba menyogok para pemimpin setempat PKR di sebuah lokasi di Pahang pada 1 September lalu dengan tujuan berkaitan pemilihan parti itu.


"Dalam mesyuarat tersebut, Setiausaha Politik ini telah menawarkan kontrak pembangunan atau pembaikpulihan infrastruktur bernilai RM20,000 kepada setiap pemimpin-pemimpin setempat yang hadir.

"Beliau juga memaklumkan bahawa beliau akan mendapat peruntukan RM300,000 dari sebuah kementerian lain dan bakal juga mendapat peruntukan dari satu lagi kementerian untuk diagih-agihkan kepada pemimpin-pemimpin setempat," katanya kepada pihak media di luar perkarangan Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Ahmad Syukri (tengah)

Katanya lagi, beliau mendapat maklumat tersebut pada 24 September lalu menerusi 'pendrive' yang diserahkan oleh seorang pengadu.

Ahmad Syukri berharap SPRM dapat melakukan siasatan terhadap perkara tersebut memandangkan Setiausaha Politik itu merupakan salah seorang calon jawatan Majlis Pimpinan Pusat PKR dan turut bertanding jawatan Ketua Cabang di kawasannya.

"Saya berharap SPRM dapat menjalankan siasatan sewajarnya dan mengambil tindakan supaya ketelusan kerajaan sentiasa dipelihara. Sekiranya diperlukan saya bersedia dipanggil SPRM bagi melengkapkan siasatan," katanya.


Baru Bian

Sementara itu, Baru Bian yang baharu sahaja pulang dari lawatan rasmi di luar negara terkejut dengan laporan tersebut dan mahu siasatan rapi dilakukan segera jika dakwaan salah guna kuasa itu berasas.

"Bagi saya kalau benar seperti yang dilaporkan, saya sama sekali tidak akan bertolak ansur. Tindakan undang-undang mesti diambil," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beberapa hari lepas, Anwar Ibrahim mengakui wujud individu berkuasa menawarkan kontrak bagi mendapat sokongan dalam pemilihan parti itu yang berlangsung bermula 22 September hingga 4 November 2018.

Anwar menegaskan beliau tidak akan berkompromi dengan pemimpin yang menggunakan taktik kotor untuk menang jawatan parti.

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon