Sunday, September 23, 2018

[PANAS!] Terbongkar hubungan sulit MP Kota Belud dengan pegawai khas berstatus suami orang

Tags

Benar atau tidak? Nampaknya gempa bumi berskala besar telahpun melanda daerah Kota Belud apabila "terbongkar" skandal seks antara seorang ahli parlimen wanita dengan pegawai khas beliau yang tular di media sosial sejak beberapa hari lepas.

MP Kota Belud

Menurut sumber dari pelbagai media masa; isteri kepada pegawai tersebut, Noraini Limbot, membuat laporan polis terhadap suaminya, Mohd Norazri Fauzi Nur Azalleh atas tuduhan suaminya itu mencekik dan memukulnya ketika bertengkar.

Menurut sumber itu juga, pertengkaran bermula ketika Noraini mengkonfrontasi suaminya mengenai kecurangan dengan YB Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy (36), ahli Parlimen Kota Belud dari parti tempatan Sabah, WARISAN.

Mohd Norazri Fauzi


YB Isnaraissah @ Timbalan Menteri

Insiden tersebut dikatakan berlaku pada 8 Ogos 2018 dan sumber itu juga menyatakan, YB Isnaraissah Munirah mengaku berselingkuh dengan Mohd Norazri ketika disoal siasat pihak polis.

Noraini juga dikatakan memberi tahu polis bahawa dia menemui kecurangan itu melalui perbualan WhatsApp antara suaminya dengan ahli parlimen tersebut.

Cerita skandal seks yang belum dapat disahkan kebenarannya ini telahpun tersebar luas di pelbagai media sosial.

YB Isnaraissah dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar selepas pakatan PH-WARISAN menumbangkan Barisan Nasional pada PRU-14 lepas.

Sebelum ini, negara digemparkan dengan satu rakaman CCTV, aksi seorang pegawai khas kepada Timbalan Menteri KDN merakam seluar dalam pekerja wanita di sebuah premis kedai kaca mata.


Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon