Tuesday, September 18, 2018

Pasukan Sabah menghampakan penyokong di gelangang sendiri, tewas 4-0

Tags

PASUKAN SABAH beraksi hambar di gelangang sendiri apabila tewas kepada Pahang dengan keputusan 4-0 dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia 2018 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Sabah tewas 4-0

Seawal minit yang kesembilan, penyerang Norshahrul Idlan Talaha menghadiakan Pahang gol yang pertama diikuti gol kedua oleh Muhammad Zuhair Aizat Mohd. Nazmi pada minit ke-38.

Separuh masa yang kedua pula, anak buah Dollah Salleh itu mengawal sepenuhnya permainan dengan beberapa kali membolos pertahanan dan menggegarkan gawang Sabah.

Penyokong pasukan Sabah terus dihampakan apabila Pahang menambah gol ketiga pada minit ke-78 hasil jaringan Patrick Dos Santos Cruz dan pada minit terakhir perlawanan, Issey Farran Morgan Nakajima menjaringkan gol yang keempat.

Seramai 6,600 penyokong hadir menyaksikan perlawanan tersebut yang berlangsung semalam (17/09/2018).

Share artikel ini kepada rakan anda.
Sharing is Caring

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon